Tuesday, 18 December 2012

WISH I COULD HAVE MY OWN...



Hai. Update lagi aku hari ni. Hahax. Kasi habis gian aku kat blog ni. Minggu lepas aku pergi window-shopping dekat Kluang Mall. Then survey kedai IG mobile. Aku ternampak ipod touch bhai.. Second lah tapi. hurm. Tapi still menarik perhatian aku. Nak mintak ayah aku tapi kesian pulak. Dahlah yuran sekolah je dah lebih 1k. Sedih betul hidup. haiya. Sesapa yang rasa nak beramal, boleh lah belanja aku ipod tuch nyh. Bukan mahal pun -->RM 449 je. Kalau tak dapat tahun ni un, tahun depan boleh beli. Guna duit sendiri lah. Tapi kena kerja. Tu yang malas. :-D

Dahlah, ini je yang aku nak story. kihkih.. Adios!



Monday, 17 December 2012

I'm LOSING yOu


Assalamualaikum. Hai. tak tahulah kenapa mood aku lebih nak update blog dari semalam. Maybe banyak story yang nak dikongsikan. Okay. Actually dalam post kali ni aku nak cakap yang hubungan aku dengan F dah over. Ntahlah. Maybe salah aku. Memang salah aku. Orang mesti salahkan lelaki lebih berbanding perempuan,kannn? Jarak antara kami memang tak jauh sangat nak berbanding budak lain. Tapi bagi aku situasi ni sangat berbeza sekaligus merubah fikiran aku tentang F. Sepanjang aku di SASEM, aku tak ingat F langsung. Mungkin tak patut ingat pun. Lagipun dia bukan budak kecik, dah besar panjang pun. So, pandailah berfikir. Betul tak?

Keadaan kiteowg berjalan lancar sampailah beberapa bulan kemudian. F mula berfikir yang negatif terhadap aku. Maklumlah aku ni selalu buat hal. Dah kalau depan mata pun aku buat lagikan jauh dari dia. Tapi tak terlintas di hati aku pun nak buat semua benda tu balik. F sorang je yang aku ada. Aku pun taknak gaduh dengan dia. Dia mintak break. Aku relakan jelah. Mungkin ada hikmahnya atau maybe aku tak cukup baik untuk bersama dia. :-(

Sekarang dia cakap dia dah ada bf baru. *nak percaya ke tak??   hurm. Aku pun tak tahulah sape lelaki bertuah tu. Mungkin F bahagia dengan dia sekarang ni. And aku still single n mencari cinta memang bukan suatu perkara yang mudah.. err =.= Jenuh aku cuba tak dapat dapat pun. Geram. huh. i'll pen off now. BYE

BLA..BLA...


Assalamualaikum. hai. lama dah saya tak berblogging ni. kekadang terasa nak update cuma sifat malas nyh selalu menghalang. So, sesi persekolahan 2012 sudah tamat n lagi dua minggu saya akan melangkah ke alam SPM. ???? Ya SPM. takutnya. :-S Homework budak sains nyh memang berlambak. Lagi-lagi subjek Kimia. Macam haremmm. Geram jugak. Tapi buat jelah. Sebagai revision gak tu.Kawan-kawan ada yang plan taknak buat tapi saya tak nak lah tergolong sama. Baik saya buat,kannn???

Ada yang minta bantuan saya tuk siapkan kerja tu. Aku punya pun hancur, nak buat kan korang. Memang taklah kan. Apa salahnya korang lepak kat library seminggu dua tuk siapkan semua tu. Dah, tinggalkan pasal homework n kawan-kawan di SASEM. Sekarang hidup aku berjalan macam biasa.Membosankan. Itu je gambaran cuti aku. Tapi aku hilangkan bosan aku tu dengan main bola keranjang. Aku memang suka main basket ball. Tapi ketinggian aku membuatkan orang tergelak. hurm.. Lantaklah an. Huhu.


Aku rasa cukup disini. Aku pun kekok nak update. Maklumlah dah berbulan tak hadap blog yang semak nyh.. hahax. adioss


Friday, 14 September 2012

MAAP MELUPAKAN MU

 

     Salam~ lamakan tak dengar cerita dari aku.. sorry lah. aku bukan ape, asyik lupa je nak update blog ni. aku sayang blog ni. lagipun dah banyak benda aku luahkan dalam blog nyh. insyaallah mula dari hari ni, aku akan rajin2kan tangan ni tuk update..

     OKAY.. sekarang hidup aku still fun walaupun stay hostel yang NO PHONE, NO ENTERTAIMENT, NO COUPLE tu. ini semua sebab aku ada kawan-kawan yang sentiasa menceriakan suasana. aku nak berterima kasih kepada geng aku, AZAM,BONZER,HANIF,DIN,HIDIR n semuanyalah. aku ni dikira aktif jugaklah kat SASEM tu. busy je.. PRS lah, ragbi lah, hoki lah n bla.. bla..

     Nak story ape lagi ek? hurmm haa.. banyak kawan-kawan aku dari SASEM cakap yang blog aku ni jiwang.. HAHAHA. tapi memang betul pun ape yang diorang cakap. hahax. thankz lah sudi jenguk blog aku yang dah berhabuk n semak ni. pelajaran aku pulak macam makin merost. tapi bukan sebab aku tak focus. aku cuma pening engan tajuk2 form 4 ni.. susah giler boleyh?? perghh aku nak jawab soalan pun pecah otak seyh..

     Btw, FINAL EXAM tinggal lagi sebulan.. aku macam 50-50 je.. tak yakin lagi.. tapi kalau dah sampai waktu exam, aku lenjan je lah. pekse je pun. parent aku nak sangat aku berjaya so, aku xnak lah kecewakan diorang. DANIEL kan buat betul2 IBU, AYAH..

k,lah panjang pulak berceloteh.. hahax.. aku chaw dulu.. maapkan aku blog sebab lupakan kau.. (",)

Saturday, 7 April 2012

MEET CAPITAL 'F'




Haiyoo.! Hari ini STK ade wat pertandingan kawad peringkat sekolah. Saya ambil peluang ini untuk berjumpa dengan F. Dia masuk kawad jugak. Kadet Remaja Sekolah. Tapi, macam biasalah, PENGAKAP 01 jugak yang jadi johan. k, lupakan pasal kawad.

Tadi lepas F habis kawad, dia ajak snap pic. Yang jadi cameraman si Cik Syieda. Tak banyak pun saya berbual dengan dia. Tapi saya tak kesah pun. Yang penting rindu nak tengok wajah F dah pun tertunai. hahax.

Muka dia makin banyak jerawat. Huhu. Entah apa yang dipikirkan pun tak tahulah. Mungkin menggatal kot. Hahax. Gurau je. F takkan buat camtuh. Dia girl yang baik. Patutnya saya dah boleh jumpa parent dia dah tadi tapi saya takut2 jugak. hihi.

Esok saya dah balik SM SAINS SEMBRONG. Minggu depan saya memang busy gila. Isnin hingga Khamis ada ragbi MSSD. Then Jumaat hingga Ahad ada kursus Pembimbing Rakan Sebaya kat SM SAINS JOHOR. Percaya ke tidak muka saya jadi PENGERUSI PRS? hahax. Saya sendiri rasa tak layak. kwang2.

Klah. Malam pun dah tua. Kalau kat asrama ni waktu tidur saya. ^_^


Monday, 30 January 2012

I'M NOT LEAVING YOU



Hai. :D Act, saya nak bagitahu yang mulai esok, saya dah jadi budak berasrama penuh.
Saya ni bukan pandai sangat un. So, dapatlah SAINS SEMBRONG. hurm. Berat jugak hati nak kuar dari STK yang tercinta. kihkih.

Post ni saya mahu tujukan kepada kekasih hati saya. Fatin Nur Syahirah.

Sayang.. terima kasih kerana terima saya balik.
saya tahu yang saya sering mengecewakan hati awq.
SAYA TERUK..

tapi, saya tak sanggup wat sesuatu perkara ni...
iaitu melepaskan awaq.
tindakan ini amat sukar bagi saya melakukannya.

saya mencintai awaq.
selama 1 tahun 6 bulan ni, bnyak dugaan yang kita hadapi bersama.
bagi saya, itu semua mengeratkan lagi hubungn kita ni.
saya juga tahu yang awaq sayang saya sangat -2.
saya amat menghargai perasaan itu, FATIN.

bila saya takda nanti, awaq jaga diri okeyh..
awaq tu HOT bagi saya lah an...
tapi memang un ade insan lain yang meminati awaq bukan [?]

sayang.. tengz for the body lotion tu. wangi sangat. <3
at least law saya rindu awaq, bolelah saya bau lotion tu.
idea yang bijak. hihi. saya memang suka bau badan awaq tu. sentiasa wangi.

bout me, u don't worry ok. i can take care of myself. hopely la.
huhu.i janji tak menggatal kat sana. ;-)

dah lah. panjang2 cgt un tak bgus. merapu kang jadinya.. hahax. k lah. saya out dulu.
adios..


Saturday, 21 January 2012

SM SAINS SEMBRONG



halooo.. minggu nyh maybe saat akhir saya bebas,, lepas ni saya akan berada dalam JAIL.. hahax ramai lah jugak kawan pindah. hurm.. baru je na rapat nan budak2 cina kelas aq. haiyaa.. doakan aq berjaya ya kawan.. kowang un sama gak.. GUD LUCK..

mlas nak bebel panjang. bukan ade owg nak like or follow un.. :<


Monday, 16 January 2012

GEMBENG!



Hye. Lama kan saya tak UPDATE blog ni. hurm. Beselah sekolah. Tak ada masa. huhu. Actually, saya nak citer pasal apa yang telah berlaku kepada saya hari ini.

Time baru sampai sekolah, atas kerusi saya ada sebuah beg STK. Mula-mula saya ingat isa punya. So, saya pun tak amek kesah lah. Then, saya terus pegi perhimpunan. Bila masuk kelas, saya pun belek-belek ar beg uw. Rupanya dalam beg tu terkandung semua barang-barang yang saya penah beri kepada SI DIA. Terkejut jugak. Ya, saya mengaku kami dah clash. hurm :( sooo sad..

2jam yang lepas, saya try lah na mengimbas zaman-zaman surat menyurat saya dan DIA. Ntah macam mane tiba-tiba airmata lelakiku ini menitis jatuh ke surat itu. Saya pun melayan lah perasaan saya ni. Teruk betul saya nangis. Hidung saya mane ade merah an. Hingus pun ada sampai tersekat-sekat saya bernafas. huhu.

Tapi hubungan ini akan menjadi kenangan. Kalau ada jodoh, mungkin kami akan bersatu kembali pada masa akan datang. Hanya tuhan yang menentukannya,,

K. that's all. :) (tak nampak macam sedih an)

Sunday, 8 January 2012

SWEET MEMORIES



Senyumanmu amat ku rindui.
Kini ia hanya tinggal kenangan.

'awak ni cute la'

Ku benar-benar memaksudkannya.
Terima kasih atas cinta yang engkau beri kepada ku selama ini.
Memang kita banyak pertengkaran tapi..

Itu semua mengeratkan lagi hubungan kita ini.
Actually, benda-benda macam ni lah yang syok.
Kerana aku akan memujuk engkau disaat itu.

Sweet kan???

Hahax.
Aku harap engkau pandai menjaga diri sendiri.

AKU MASIH MENUNGGU CINTA DARIMU <3


Friday, 6 January 2012

4 SAINS TULEN 1



Hello. Hari ini cikgu dah agihkan pelajar-pelajar ke kelas masing-masing mengikut pilihan. Aku tak sangka dan tak nak pun masok kelas pertama kerana aku tahap pemikiran aku macam mana. Hurm. Bagi sesapa yang mengatakan kelasnya suram, bagi aku, korang lebih untung kalau na dibandingkan dengan aku.Mana tidaknya, dah kalau majoriti pelajar berbangsa cina je. Kitaorang yang pelajar melayu rase macam ORANG NEGRO dekat AMERIKA tau. Aku lagi la kesuyian.

Tapi aku tidak akan menyerah. Mungkin bersama APEK-APEK ni aku boleh ubah cara pembelajaran aku. Mungkin aku akan terikut cara diorang yang sentiasa menelaah buku pelajaran. Aku taknaklah jadi yang terakhir dalam sesebuah peperiksaan.

Tidak apa, time belajar, aku belajar. Time main, aku main lah. Betul tak.?? Hurm SI DIA dapat masuk 4 SA 1. Kira kelas budak pandai la tu. Aku harap kawan-kawan aku dapat bagi semangat untuk belajar kat aku.

K,lah. Ada Cerita lain nanti aku update. SELAMAT BELAJAR KAWAN-KAWAN..!!

Tuesday, 3 January 2012

I MISS SOMEONE



Masa berlalu sangat cepat.
Begitu juga kisah cinta kita berdua.

Aku takut akan waktu pabila aku terpaksa menjauhi engkau.
Aku tidak sanggup melihat engkau kesunyian tanpa kehadiranku.
Aku harap waktu itu tidak akan melukakan hati engkau.

AKU SAYANG ENGKAU!

Inilah ayat yang patut ku luahkan kepada engkau.
Cuma, aku tidak tahu bagaimana untuk meyakinkan engkau.
Harapan aku dalam hubungan ini hanyalah untuk berkekalan lama.

Biarlah pergaduhan sebelum ini menjadi sejarah.
Aku akan cuba memperbaiki diriku pada tahun ini.
Aku rindukan engkau.
Biarlah tahun ini diisi dengan senyuman manis dari engkau.

'aku mengharapkan engkau masih milikku'


Monday, 19 December 2011

DETIK CEMAS



Salam. (^_^).. Anda tonton berita tak tadi?? Result PMR 2011 akan keluar hari Kj=hamis ni. Means, lagi 3 hari!! Saya takut jugak. Yelah, saya ni bukan pelajar pintar macam budak STK yang len tu. Mereka lebih pandai. huhu. Saya memang suka merendah diri. LOL.

Tadi parent saya ada tanya nak present ape. Terkejut saya dibuatnya. Detik ni yang lagi mencemaskan saya. Tak tahu nak apa. Saya pun jawablah ''tunggu dapat result''.. Hahax. Saya berharap sangat yang saya akan memperoleh kejayaan yang paling cemerlang iaitu 8A. Aminnn.. Allah sentiasa membantu hambaNYA.

Kepada kawan-kawan semua especially murid 3AT, saya doakan kita semua akan dapat 8a. huhu. Lagipun kita nak kalahkan rekod senior-senior sebelum ni kan?? Saya rasa boleh kuttt. K lah. Nak belek benda lain.

#saya ada hutang dengan CIKGU NORA TAMASIR kut.. berapa harga t-shirt boling ni ek??


Tuesday, 13 December 2011

MALAM DI K.L.

Haiyoo. Hahax. Hari ni saya na update lagi walaupun takde yang sudi membaca. Sedih tau. Hurm. Ok lah, saya na update bout saya and cousin saya tengah melepak.

Sebelum DADDY saya jejakkan kakinya di MALAYSIA, saya nak ambil peluang untuk enjoy habis-habisan. Malam 7hb December, saya dan cousin saya plan nak hisap shisha. Anda tahu apa itu SHISHA?? Lelaki mesti tahu punyerr lah. huhu. Tepat pukul 10malam, kami bergerak keluar dari KEM KEMENTAH. Shisha uw dekat saje. Kami pun take order lah. haaa...... saya tak tahu lah nak cakap ape lagi hahax. Usha gambar jom.



Haa. Betulkan. Saya tak tipu ok. huhu. Lepas dah puas hisap, kami pun naik tren untuk ke JELATEK. Tempat uw bukannya ada MALL tapi hanya taman permainan yang cantik. haha. Kami juz snap picture saje. Dapatlah saya enjoy-enjoy kat sana untuk kali terakhir. My dad ni tegas. So, dia tak kasi keluar malam. hahax. Na picture???







Da puas??? Actually malam ni saya rasa tidak bertenaga. Cerita saya malam ni pun rase2nya Tak menarik. Betulkan?? Takpelah. Asalkan hajat saya na update, terlaksana. Hurm.. K, bye. Semoga ada follower baru. Itu saje yang saya minta.

Monday, 12 December 2011

RINDU PADANYA.



Hi. Lama saya tak update. Actually cuti-cuti ni, my parent banyak menziarah rumah saudara. Itulah saya tak dapat update. My daddy dah balik dari Mekah aw. Kepala dia BOTAK lagi. hahax. Nampak ganas. Haha. Dah2, saya na mula luahkan perasaan jiwang yang terkubur ni.

Minggu ni, mummy saya rampas fon. Saya tak tahu apa tujuan dia. Dia suruh focus sebab dah nak naik sekolah. So, saya tak dapat nak mesej dengan FATIN NUR SYAHIRAH a.k.a MY SWEET HEART uw. RINDUU BANGAT!!!! Kalau dia ada kat depan saya sekarang, saya nak peluk dia. Hihi. Tak boleh, DOSA. Kwang2. Disebabkan rindu ni dah sampai tahap MAKSIMA, saya terpaksalah curi-curi guna fon MY PARENT. Kamu semua pun penah buatkan. Jangan tipu lah.

Fatin ada cakap dengan saya yang dia nak duduk di KL. Sedih lah saya. Time dia stay Kluang pun saya jarang jumpe dia lagikan KL. Mati kutu saya dibuatnya. Sayangg.. Saya rindukan awak... Harap time ambil result, kita dapat bersua muka ok. SAYA SAYANG AWAK. bye2. Esok mungkin saya update pasal saya bersama cousin isap shisha ok.. <3

Monday, 28 November 2011

28 nov 2011



Hye. Maap da lama tak UPDATE. I'm not around. Cantek an GURL kat atas nyh. hurmm. Mmg un. Tak dapat dinafikan bagi saya lah. Apa kene mngena nan tajuk?? Ok. Saya na bagitahu yang tarikh ni merupakan THE DARK MOMOENT to ALIF DANIEL.

Sepatutnya tarikh ni saya perlu focus dan tenangkan fikiran for duduki ujian ke MRSM tapi ada sesuatu perkara yang tak disangka akan berlaku. Nak tahu ape??? SI DIA mintak clash. hurm.. yar. It's over. Dia buat keputusan itu sejurus melihat FACEBOOK saya. Puas saya pujuk dia. Dia sangat kecewa dengan saya. Saya tahu saya memang tak geti uruskan diri bila berjauhan dengan SI DIA. Awq saya sayang awq sangat. Please give me another chance walaupun da peluang yang awq bagi dah tak terkira oleh saya.
Saya betul-betul perlukan awq. Maapkan saya...

Tapi kalau awq na benci kat saya, juz go on. Memang salah saya. Saya pun da tak tahu macam mane na lembutkan hati awq tu. Saya juz harap awq takkan cari SANG PENGGANTI bagi tempat saya. Saya tak sanggup. Please come to me back... I beggin u.. Awq je yang saya sayang. Saya tahu mata awq mesti bengkak sebab menangis time tu. SAYA MEMANG TAK GUNA.. Apa pun CANNOT. Hurmm... <3 I LOVE YOU <3

Friday, 25 November 2011

BOSAN

Salam. Saya nak cakap yang cuti ni..... AMAT MEMBOSANKAN !!!!!grrr.. Tak tahu nak buat ape lagi. Tak boleh mesej SI DIA sangat. Dia busy. Keje. Nak kumpul duit katanya. Isnin ni saya nak ke B.P. Ade ujian. Na masuk MRSM. Doakan saya lah ea. Saya tak study langsung. Soalan mesti susah-susah. eii. Tak tahulah apa naseb saya nanti.. haha. K, saya takde banyak masa. Na buat keje lain pulak. Dapat update satu post pun kire da hilang satu beban. hahax. Saya harap, saya akan dapat follower baru lagi k. Yang singgah uw, rajin-rajin lah tekan button JOIN THIS SITE. haha. Thenkz kepada sape yang dah Follow.



Friday, 18 November 2011

SELAMAT TINGGAL!!



Salam. sowy fieqa, aq amek pic ko dari FB cuz na wat post nyh, jangan marah aw. Hari ni saya na citer pasal kawan saya sowang ni. Dua tiga hari ni, saya banyak hang dengan dia kat FACEBOOK. Kami tidak lah rapat sangat tapi setakat kawan biasa tu ada la. Semua mesti kenal dia ni. Maklumlah perempuan yang boleh dianggap popular di FB uw. hahax.

Saya nak ucapkan tq kat dia sebab law bukan sebab blog dia uw, takde lah blog saya ni. Saya mula rasa na wat blog un lepas bukak blog dia. Blog dia cantikk aw. huhu. Hari ni dia na pindah. Katanya na pegi J.B. Johor Bharu bukan Justin Bieber. hurmm. Saya un tak paham apa yang sebenarnya dia na buat ape kat sana. huhu.. Selebihnya, tanyalah tuan punyerr badan k. bye2.. Saya na lunch. My mum masak makanan kegemaran saya, BERIYANI DAGING.. lalalala..

SEMOGA BERJAYA DALAM HIDUP, CIK FIEQA..

Wednesday, 9 November 2011

I LOVE YOU



hye,, Saya disini. Huhu. Actually saya nak update pasal honeymoon saya bersama BUAH HATI saya seorang tu. Kamu semua pasti tahu siapa yang dimaksudkan. Tapi malangnye dah terlambat and lagi satu masalah ialah gambar-gambarnya takde kat saya. Ini kerana fon saya rosak. Haha. Macam ayat karangankan.. ^_^. Law nak tengok pic2 tu, bukak la link nyh. maap saya tak gety wat link yang terus tekan je. Saya nyh masih dikira FRESHIE,

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.251278791587361.60386.100001157272188&type=3

Okay. Ni pulak khas tuk Fatin. SAYA SAYANG AWAK..!! mcam pic kat atas uw. Saya tak kisah un pasal Jumaat ni. Bukan salah awak. Kan awak ade hal. Saya paham. Saya kena belajar tuk memahami awak. Saya nak awak hepy dengan saya. hurmm. MUAH!!

SELAMAT BERCUTI, KAWAN-KAWAN..... Korang mesti suka an tapi.... saya tak suka sangat la sebab saya mungkin susah na jumpe si DIA. Tahun depan tak tahu la sama sekolah ke tak. Saya akan merindui awak, Fatin <3

K,lah.. Jumpa di post yang lain.. hehehehe.. sayang korang(para follower)

Thursday, 27 October 2011

SERABUT



Salam..perghhh. Otak saya serabut skunk nyh. Mane taknye. Fon saya tetibe je rosak. Sedih la seyy. Macam na beli baru. Yang RM80 pun,jadilah. Tapi, mana nak dapat duit? Saya tengah pokai sekarang ni. =(

Awaq(pembaca) boleh tolong belikan satu fon murah untuk saya tak? Please la. Saya meraih simpati ni. Sebelum fon saya rosak, saya sempat r snap picture dengan baju baru saya. Nasib baik saya sempat edit jugak. na tgox?? Kejap ye................



LOADING...................


maap..=) xde,,kwang2.. Kan fon saya rosak. =(
k, bai bai sume.. Saya nak mkan.. heyy, Saya da ltak lagu baru dalam blog aw. Sdap r jugak.
Kat bawah my girl.. Mesti korang jumpa punyerr.. tadaaa..



Wednesday, 19 October 2011

PERJALANAN



Salam.. Ary nyh aq na update blog ag.. Bosan plax xde wat pape.. Walaupun xde yg membacanyer, aq ttap na update.

K, kte mula bercerita. Ary nyh aq dengan menaiki motor sprti pic di atas, merayap satu Kluang.. tp bukan gamba sebenar r,, lupe na snap.. huhu.. Jauh beb perjalanan aq.. Pagi, aq ade kat skolah ag. Then aiman ajak kuo. Na kuo bkn senang.. Kne cri motor dluw.. Sume kdekut na pnjmkan motor.. last2, aq dapat pnjm motor legend si hensem punyerr.. Lega cbb satu masalah da settle.. Tpat kol 9.30pg, aq blek uma tuk salin pkaian.. Takkan na bwak motor pkai bju skula.. Kne tahan polis,sia2 je idup..

Lpas 2 grak banda.. G SNOOPY cri si khalil n hasif gonjeng uw.. Aq nan aiman malas na men game2 nyh..So, kteowg decide na round2.. Ape lg, amek moto trus cabut r.. Mula2 g kg.melayu.. Lpas 2, g pusing2 kt gunung lambak uw.. alang2, truskan perjalanan ke jalan kota tinggi uw.. Sampai je kt T6, amek smpg kiri.. Aq ride r sampai tmbus ke jalan mersing uw.. then, aiman take over.. kteowg jalan lalu dalam..

Ride punye ride, perut un lapa.. Singgah mkan kt bus10.. da knyang, blek uma aq trus tukar bju blex.. Pastu g skula blek.. Fatin plak mcm monyok je.. aq twu dye xsuke aq cabut skula nyh.. I'M SOWY,BABY.. K r 2 je cternyer.. syok jgk r.. aq un da lme xride jauh2 nyh.. adalah 80km aq grak pg td..

ASSALAMUALAIKUMM..